Rozman Jusoh

Rozman bin Jusoh (1 Januari 1971 – 12 April 1996) merupakan seorang pesalah pengedar dadah daripada Kelantan, Malaysia. Dia dan seorang rakan sejak kecilnya, Razali bin Mat Zin telah ditangkap di Singapura atas dua pertuduhan berasingan memperdagangkan 1.04 kg ganja dan 943.3g bahan yang sama, hasil daripada operasi penyamaran yang dijalankan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB). Undang-undang Singapura telah memutuskan yang bahawa pengedaran dadah sebanyak 500g ganja atau lebih boleh dikenakan hukuman mati. [1]Semasa dalam perbicaraan, Rozman dinilai mempunyai nilai IQ di bawah paras normal 74 dan perkara ini dikatakan memudahkan dia terdedah kepada manipulasi, dan telah dihujahkan oleh peguamnya bahawa Rozman tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya untuk pengedaran dadah. Hal ini kerana dia telah didatangi pegawai narkotik yang menyamar untuk membuat perjanjian penjualan dadah kepadanya dan bukti yang diperolehi secara jerat samaran tidak boleh digunakan terhadapnya.Pada mulanya, Rozman telah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun bagi dua pertuduhan memiliki dadah pada Mac tahun 1995, [2] akan tetapi rayuan daripada pihak pendakwaan pada Ogos tahun 1995 telah menyebabkan Rozman dijatuhkan hukuman mati bagi pertuduhan asal. Hukuman gantung Rozman dijalankan pada 12 April tahun 1996. Bagi Razali, rakan Rozman yang juga ditangkap dalam operasi yang sama, dia dibebaskan daripada semua pertuduhan pada akhir perbicaraan sebelum dijatuhkan hukuman gantung atas rayuan pihak pendakwaan. [3]

Rujukan

WikiPedia: Rozman Jusoh https://www.bbc.com/news/world-asia-pacific-135707... https://www.channelnewsasia.com/singapore/singapor... https://books.google.com/books?id=NfbfwAEACAAJ https://books.google.com/books?id=p6NMDAAAQBAJ&dq=... https://www.nbcnews.com/news/amp/wbna3958717 https://www.theguardian.com/world/2010/nov/16/alan... https://www.theguardian.com/world/2011/jul/27/jail... https://international.thenewslens.com/article/1623... https://www.theonlinecitizen.com/2010/03/23/when-d... https://www.todayonline.com/world/singapore-execut...